top of page
Writer's pictureCabineLab

Warna Sesuai Untuk Ruang Tamu yang Kecil Menjadi Luas dan Moden


Warna dalam ruangan rumah amat penting sekali bagi menghidupkan suasana persekitaran. Tambahan pula, memilih warna yang tepat, dapat membuatkan ruangan yang kecil menjadi luas. Ramai dikalangan kita yang masih tidak tahu akan kesan-kesan pemilihan warna dan kesesuaian sesuatu warna itu di setiap ruangan.


Pemilihan warna ini tidak spesifik kscreeepada rumah baru sahaja, malahan rumah lama juga amat memerlukan untuk memperbaharui rumah yang lama. Warna yang boleh memberikan kesan khas tersebut adalah seperti warna cerah kerana ia akan memancarkan cahaya pada ruangan tersebut. Namun, ada juga warna gelap yang anda boleh gunakan sekiranya anda tidak berminat dengan warna-wa rna cerah tetapi memerlukan cahaya yang banyak dan anda perlu bijak memadankannya dengan warna cerah yang lain.


Oleh itu, mari kita teroka lebih dalam lagi bagi memilih warna yang sesuai untuk ruangan anda. Let's go! (BTW, gambar diatas adalah artwork daripada CABINELAB sendiri. huhuhu)



WARNA PUTIH

Salah satu warna yang basic bagi memberi ilusi ruang tamu untuk nampak lebih luas. Mesti ramai yang suka warna putih, kan? Ia amat mudah untuk dipadankan dengan warna lain sama ada warna cerah atau gelap.


Ruang tamu yang mempunyai dinding berwarna cerah seperti putih atau purih krim bukan sahaja akan kelihatan luas malah akan membuatkan ruangan lebih tenang dan nyaman. Jika anda sukakan suasana yang nyaman, Ini 5 warna cat ruang tamu sejuk.


Kod Warna Cadangan

Dulux: Brilliant White 2290Y

Jotun: Egg White 101

Sancora: Diamond White 81001



BIRU NAVY

Biru navy atau warna biru laut dapat memberi kesan yang luar biasa untuk ruang tamu yang sempit menjadi luas sedikit. Ini kerana, warna tersebut dapat memberi situasi yang elegant dan mewah dalam masa yang sama akan memberi kesan kelapangan ruangan jika dipadankan dengan aksesori atau perabut yang bersesuaian. Pilihan warna perabot dan hiasan berwarna neutral seperti kelabu boleh menjadikan ruang tamu sempit terasa lebih luas dan tidak nampak berlebihan.


Anda juga boleh padankan warna biru gelap ini dengan warna mustard atau gold untuk nampak lebih mewah.


Kod Warna Cadangan

Dulux: Rich Navy 50BB 08/171

Jotun: 4863 Statement Blue

Sancora: Wira Blue 91512



WARNA KELABU GELAP

Warna kelabu gelap ini juga amat sesuai untuk ruang tamu yang kecil, sebab ia akan kelihatan minimalist dan moden. Tidak kira sama ada anda mempunyai perabot kasual atau mewah, anda akan dapat menjadikan ruang tamu ini kelihatan segar dan bersih. Ini kerana kelabu gelap mempunyai sentuhan luar biasa jika anda berjaya memadankan dengan warna putih atau warna beige.


Selain itu, kelabu gelap juga akan membuatkan ruang tamu kelihatan elegan dan minimalis.


Kod Warna Cadangan

Dulux: Down Grey (10747)

Jotun: Charcoal Grey (0964)

Sancora: Silhouette Grey 91989



WARNA BIRU PUCAT

Anda nak ruangan luas dan lain daripada orang lain? Anda perlu cuba unutk memilih warna biru pucat (pale blue), dimana warna ini mempunyai sentuhan yang lembut menjadikan ruang tamu terasa lebih terbuka dan terang. Ia akan kelihatan cantik apabila cahaya menembusi langsir yang tipis dan menghasilkan suasana yang menenangkan di dalam ruangan tersebut.


Tambahan pula, jika dipadankan warna biru pucat ini dengan warna terang yang lain seperti merah jambu dan putih, ia akan menjadikan ruang tamu anda nampak lebih menarik.


Kod Warna Cadangan

Dulux: Vanilla Ice Quarter (A348)

Jotun: Industry Blue (5222)

Sancora: Softie Blue (80426)



Warna Hitam (Charcoal)

Jika anda tidak mempunyai sumber cahaya semula jadi di dalam bilik, warna hitam arang ini boleh membuatkan ruang berasa lebih selesa dan tidak akan kelihatan suram jika anda menggunakannya sebagai warna pelengkap kepada skema warna yang lebih cerah.


Gandingan warna hitam ini dengan warna terang yang lebih moden seperti biru muda, ungu, putih dan hijau muda akan menjadikan ruang tersebut nampak terbuka dan luas.


Kod Warna Cadangan

Dulux: Domino (GR10)

Jotun: Blackened Black (9938)

Sancora: Iron Pebble (90520)



WARNA TAUPE

Bagi kami sendiri, ini adalah warna kegemaran kami. Kenapa? warna ini nampak santai dan pada masa yang sama tidak keterlaluan sangat, dan senang untuk memadankan perabot atau aksesori lain. Selalunya warna ini amat sesuai jika digabungkan dengan konsep 'Muji'. Dinding warna taupe adalah salah satu cara yang terbaik untuk ruang kecil, kerana ia terletak di hujung skema warna yang lebih terang. Warna taupe bukan sahaja boleh menjadikan ruang terasa lebih besar malah nampak lebih elegant.


Ia juga adalah warna yang ringan dan santai yang boleh meningkatkan mood seseorang. Anda juga boleh padankan warna ini dengan warna pastel seperti turquoise, emerald dan fuchsia untuk menambahkan percikan warna.


Kod Warna Cadangan

Dulux: Perfectly Taupe (60YR 54/028)

Jotun: Comfort Grey (12078)

Sancora: Mortal Board (92040)



KESIMPULAN

Sebenarya, ada beberapa warna yang dapat membuatkan ruangan anda tampak lebih luas. Akan tetapi, perkongian pada hari ini hanya mengfokuskan warna kegemaran kami sahaja.


Warna lain yang tidak kami tampilkan seperti warna kuning, pink dan hijau muda, bukanlah tidak sesuai, akan tetapi bagi kami ia tidak sesuai untuk hidup gaya moden sekarang yang ingin nampak elegant dan minimalist. Warna tersebut bagi kami lebih sesuai untuk digunakan di ruangan bilik tidur kanak-kanak atau tadika sahaja.


Jadi, tidak kisahlah anda mahu memilih warna apa sekali pun, tetapi anda perlu mempunyai sedikit ilmu untuk membuat keputusan agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

45 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


bottom of page